Sunday, July 7, 2013

Pavlova...segar dari Melaka,jom order.. :)

 Siapa Suka makan Pavlova? Angkat tangannn...

Apa dia Pavlova ni?
Pavlova adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.
Oleh sebab ramai sangat minta resepi...so,aku share di cne.. Enjoy Baking :)

Resepi Pavlova

Bahan-bahan :

4 biji putih telur (gya guna telor gred A)
1 cawan gula kastor ( gya guna 3/4 cawan untuk kurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream (Non Dairy Cream)
1 1/2 sudu besar gula halus - gya tak guna
1/2 sudu teh esen vanilla - gya tak guna


Cara-cara :
1- Ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2 - Pukul putih telur menggunakan dengan kelajuan perlahan. Kalau guna Kitchen Aid gya guna kelajuan no.2 je & Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

3- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi (Kelajuan no 4-6), masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi meringue putih berkilat.Kemudian,Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

4- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.

5- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper) & Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. 

Masa membakar :

Panaskan oven pada suhu 150' C. Gya panaskan 15 minit lebih awal. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan fresh fruit.

Price List Pavlova

Mini pavlova Muffin size 12pcs/RM35 , 25pcs/RM70
Mini Pavlova 4" RM10
Single Layer size 8" RM40, Double RM75
Single Layer Size 9/10" RM50, Double Layer RM90
#Gya gunakan 4 jenis buah (Strawbery,Kiwi,Manggo & Seedless Grape),so kalau ade yang ta suka 4jenis  tu sila bgtau eh...

Pavlova Muffin Size
 
Tesco Kehabisan Anggur hitam,guna je la anggur merah


Single Layer 8"


Double Layer 8"

 
Double Layer 8" Customer Request 2 jenis buah je..

No comments:

Post a Comment